Minggu, 23 Januari 2011

Sabarlah

Bismillahirrahmanirrahim..
Manusia yang paling berat diberi cobaan ialah para Nabi, kemudian Ahlul Bait'...kemudian yang paling baik selepasnya, kemudian orang yang paling baik selepas itu dan terus manusia yang baik sesudah itu.

Sabarlah...
Hapuskanlah dendam, iri hati dan marah yang bersarang dalam jiwa. Kemaafan membuahkan kebaikan. Kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, niscaya kita akan menjadi semakin mengerti tentang kebencian dan permusuhan. Belajarlah sesama insan, nescaya kita akan terasa kesan didikanNya

Sesungguhnya ALLAH SWT apabila mengasihi sesuatu kaum, dicobanya mereka itu dgn bermacam cubaan, barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNya. Barangsiapa yang benci (marah) maka baginya kemurkaan ALLAH SWT

Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah dengan orang, situasi dan kondisi yang menjadi punca ujian itulah sebenarnya guru kita. Sentiasa ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripada semua itu.

Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud di sebalik takdir-takdir ALLAH itu. Dengarlah suara tarbiyah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji.
Kebaikan dan keburukan hanya ada pada penilaian insan, tetapi di sisi ALLAH, apa yang ditakdirkanNya pasti satu kebaikan.

Carilah kebaikan itu. Jangan mengeluh apabila kita tidak bisa seperti insan-insan lain. Jika kita terus mengeluh, kaki kita akan melekat selamanya di anak tangga ujian itu. Kita tidak akan meningkat lebih tinggi.
Terimalah dengan pasrah, tetapi jangan sekali-kali berputus asa dengan ALLAH. Hati tunduk akur berteman sabar namun akal berputar mencari jalan keluar

Islam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerusakan, huru-hara dan perpecahan dalam Islam.

Nikmati keikhlasan dengan rasa ingin membuat kebaikan tanpa dilihat oleh orang lain. Semoga engkau pikirkan itu. Tekadang syair sejengkal namun sinarnya seluas maya pada.

Hadiah istimewah dari ALLAH adalah peluang untuk merasakan nikmat keindahan IMAN dan ISLAM dalam hidup ini. Ketahuilah sesungguhnya ALLAH SWT pasti memberikan cobaan padamu. Dia akan menguji hakikatmu. Benar-benar seperti yang pernah dinyatakannya dalam Al-Quran dengan firmanNya

Alif Lam Mim. Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Surah Al-Ankabut: 1-3)

Jangan memberontak dan mempersoalkan mengapa dan kenapa sesuatu yang bernama bencana menerpa namun kita tidak dapat mengubah realita.
Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik... tadbir.
Sebaik-baik jalan, terimalah se-ada-Nya. Ya..(.. ) itu telah berlaku, Ya (..)..itulah keadaan-Nya...

Tidak kira bagaimana keadaannya sekalipun, kita tetap hamba ALLAH. Jangan cuba 'jadi Tuhan' walaupun pada kehidupan kita sendiri
pikirkan...

Wasalammm

Tidak ada komentar: